Header Ads

Syed Saddiq & Bella Astillah: Kemesraan Selepas Gunung Kinabalu

Selepas berjaya mendaki Gunung Kinabalu beberapa hari lepas, hubungan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd. Rahman dengan pelakon Bella Astillah makin mesra. Kemesraan mereka semakin jelas bila Syed Saddiq tulis satu posting di Instagram khas buat Bella.


Dalam posting tu, Syed Saddiq puji Bella sebagai wanita luar biasa dengan tiga ciri hebat. Pertama, Bella seorang yang “super hardworker”. Walaupun baru balik dari Sabah, tak sampai empat jam, Bella terus sambung penggambaran.

Kedua, Bella serba boleh – "multi-talented". Di Gunung Kinabalu, Bella tolong beri idea, buat skrip, jawab soalan media, semuanya dia buat!

Ketiga, Bella seorang yang penyayang dan ikhlas. Dia berusaha bantu orang susah di kampungnya, malah ramai yang kongsikan pengalaman pernah dibantu oleh Bella.

Syed Saddiq pun harap lebih ramai yang boleh belajar dari Bella. Netizen pun tak ketinggalan, ramai yang doakan agar mereka berdua dijodohkan. Ada yang kata, “Panjang sangat YB, tolong akad nikah je!”

Sumber : Kosmo
Dikuasakan oleh Blogger.