Remaja Ditahan Kerana Tikam Ibu Saudara, Reman Tiga Hari
BUKIT MERTAJAM – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan selepas disyaki menikam ibu saudaranya dengan pisau dalam satu kejadian di sebuah unit flat di Jalan Perai Jaya, Perai. Insiden tersebut berlaku semalam dan menyebabkan wanita tersebut cedera di bahagian perut.
![]() |
Sumber Gambar : Berita Harian |
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Helmi Aris, remaja tersebut kini direman selama tiga hari untuk membantu siasatan. Perintah reman dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret pada pagi tadi, dan suspek akan direman sehingga 6 Januari.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan senjata. Polis juga telah melakukan ujian air kencing ke atas remaja itu yang didapati positif dadah. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kejadian.
Pada masa kejadian, kedua-dua mereka dipercayai terlibat dalam pertengkaran mulut sebelum remaja tersebut bertindak agresif dengan menikam ibu saudaranya. Pihak polis menerima laporan mengenai insiden tersebut pada jam 11.30 pagi semalam.
Kes ini masih dalam siasatan dan pihak polis akan terus menyiasat punca sebenar kejadian tersebut.
Sumber : Sinar Harian
Post a Comment