Orang Ramai Dinasihatkan Elak Makan Kerang di Pantai Sura
Baru-baru ini, Pantai Sura di Dungun menjadi tumpuan ramai selepas ribuan kerang terdampar di pesisir pantai akibat ombak besar. Fenomena ini menarik perhatian penduduk setempat yang tidak melepaskan peluang mengutip kerang menggunakan baldi, pukat ikan, dan pelbagai cara lain. Namun, di sebalik keterujaan ini, orang ramai diingatkan supaya tidak memakan kerang tersebut buat masa ini.
Menurut Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat, langkah berjaga-jaga ini perlu diambil sementara menunggu keputusan analisis makmal terhadap sampel kerang yang diambil.
"Analisis makmal penting untuk memastikan tiada toksin berbahaya dalam kerang ini. Selagi keputusan belum diperoleh, lebih baik elakkan memakannya untuk mencegah sebarang risiko," jelas beliau.
Sumber : Sinar Harian
Post a Comment