Header Ads

Mayat Lelaki Ditemui Terapung di Sungai Damansara, Shah Alam

SHAH ALAM: Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di Sungai Damansara berhampiran bangunan Xin Hua Warehouse, Seksyen 22, Rabu lalu.

Sumber : Awani

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, penemuan tersebut dilaporkan oleh orang awam sekitar jam 11.14 pagi.

Identiti mangsa masih belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemukan. Lelaki tersebut memakai baju-T merah hitam dan seluar panjang gelap. Pemeriksaan awal tidak menunjukkan kesan kecederaan atau tanda pergelutan pada tubuh mangsa.

Mayat telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Amzar Mohamad Shuffie di talian 013-6666657.

Sumber : Awani
Dikuasakan oleh Blogger.