Pramugara Terselamat Bingung Selepas Nahas: 'Bagaimana Saya di Sini?'
Kisah seorang pramugara terselamat dari nahas pesawat Jeju Air baru-baru ini cukup mengharukan. Setelah tersedar di hospital, beliau kelihatan keliru dan langsung tidak mengingati apa-apa yang berlaku dalam tragedi itu.
![]() |
Sumber Foto : The Guardian |
Detik Cemas yang Tidak Diingati
Laporan dari Korea Herald menyatakan bahawa pramugara tersebut hanya ingat dia memakai tali pinggang keledar sebelum mendarat. “Saya sangka pesawat akan mendarat seperti biasa,” katanya kepada doktor di Hospital Mokpo Hankook. Namun, selepas itu segalanya gelap – hingga dia sedar di hospital dengan kecederaan di bahu kiri dan kepala.
Sewaktu doktor bertanya tentang kejadian, dia hanya mampu bertanya semula, “Apa sebenarnya yang berlaku? Bagaimana saya berada di sini?”
Pramugara tersebut berada di bahagian belakang pesawat ketika nahas berlaku, kawasan yang mungkin memberikannya peluang untuk terselamat.
Kisah Mangsa Terselamat Kedua
Selain beliau, seorang lagi pramugari turut terselamat dan kini sedang dirawat di hospital sama. Namun, tidak banyak yang dapat dikongsikan mengenai keadaannya buat masa ini.
Nahas yang Menggegarkan Dunia
Penerbangan 2216 Jeju Air yang membawa 181 penumpang berlepas dari Bangkok, Thailand, menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan. Nahas berlaku pada percubaan kedua pesawat untuk mendarat selepas kegagalan gear pendaratan, dipercayai berpunca daripada seekor burung yang tersangkut di sayap pesawat.
Tragedi ini mengorbankan ramai nyawa, termasuk dua wanita dari Thailand berusia 22 dan 45 tahun. Namun, kisah dua mangsa terselamat ini menjadi peringatan tentang harapan di sebalik situasi paling tragis.
Sumber : Harian Metro
Post a Comment