Banjir Kilat Di Taman Seri Alam, Sungai Buloh: Lebih 50 Rumah Terjejas!
Petang semalam, Taman Seri Alam di Saujana Utama, Sungai Buloh dilanda banjir kilat selepas benteng takungan air pecah, menyebabkan lebih 50 rumah terjejas. Kejadian ini mengejutkan penduduk sekitar dan telah mendapat perhatian Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri R. Ramanan.
![]() |
Sumber foto : Majoriti |
Ramanan, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, menyatakan bahawa beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai insiden tersebut. Beliau segera mengarahkan pasukan sukarelawan dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh untuk turun padang dan membantu penduduk yang memerlukan bantuan.
“Pasukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh sentiasa komited menjaga kebajikan penduduk. Kami akan pastikan kejadian ini tidak berulang selepas berbincang dengan pemimpin komuniti dan agensi berkaitan,” katanya dalam satu hantaran media sosial.
Tindakan pantas juga diambil oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta agensi kerajaan lain yang turut turun padang membantu mengatasi keadaan kecemasan ini.
Semoga langkah-langkah yang diambil dapat mencegah kejadian sebegini daripada berulang. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyelamatkan penduduk dan memulihkan keadaan!
Sumber : Kosmo
Post a Comment