Header Ads

Perlis Dah Power dengan Liputan 5G Hampir 100%

Siapa sangka Perlis, negeri paling utara Malaysia, kini dah ada liputan 5G sampai 99.75% di kawasan berpenduduk! Ini bukan main-main, serius power!


Sumber : TheStar

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Sains, Teknologi dan Inovasi Perlis, Mohd Ridzuan Hashim, kata usaha ni dibuat untuk pastikan rakyat Perlis tak ketinggalan dalam dunia teknologi. Bayangkan, nak scroll TikTok, buat kerja remote, atau tengok drama online kat mana-mana pun dah tak jadi masalah.

Kerajaan negeri siap bekerjasama dengan MCMC, Majlis Perbandaran Kangar, dan pelbagai agensi lain untuk pastikan kemudahan internet di Perlis setanding dengan negeri lain. Tak ada alasan lagi untuk kata “line slow” bila nak join meeting online!

Lebih menarik, mereka juga tengah bangunkan kawasan Bandar Baru Ulu Pauh, Arau jadi bandar ilmu berteknologi tinggi. Nampak gaya, masa depan Perlis memang cerah. Siap ada perancangan sejak RMK8 lagi — maksudnya, ini usaha jangka panjang, bukan sekadar janji kosong.

Syabas Perlis! Semoga negeri lain pun ikut jejak langkah ni. Kita semua nak Malaysia yang lebih maju dan “connected” ke seluruh dunia!

Sumber : Berita Harian

Dikuasakan oleh Blogger.