Header Ads

Isyarat Lucah? Polis Pun Kena Jaga Perangai!

Tular betul cerita anggota polis yang didakwa tunjuk isyarat lucah masa satu protes kat ibu negara baru-baru ni. Tak sangka, tengah protes pasal hak asasi manusia, tiba-tiba muncul insiden yang tak patut langsung berlaku.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, dah sahkan yang anggota tu dah dikenal pasti. Walaupun tak ada laporan rasmi, polis tetap jalankan siasatan dalaman. Baguslah, tak boleh buat tak tahu je bila benda macam ni jadi.

Wanita yang jadi mangsa siap tulis kat media sosial yang anggota tu buat isyarat lucah tu berkali-kali, macam nak pastikan dia perasan. Serius, ni dah tahap tak profesional langsung, apatah lagi dari penjawat awam yang sepatutnya melindungi rakyat.

Harap siasatan ni bukan setakat “wayang” je. Kalau betul dia salah, tindakan tegas kena diambil. Pegawai polis kena sedar, mereka ada tanggungjawab besar dan perlu jadi contoh baik untuk masyarakat.

Kita rakyat pun ada hak untuk rasa selamat, bukan takut bila nampak uniform biru kat jalan. Sama-sama kita pantau dan pastikan keadilan ditegakkan!

Sumber : MStar

Dikuasakan oleh Blogger.