Header Ads

MacBook Pro Baru dengan Cip M4 : Berbaloi Tak untuk Upgrade?

Pada 31 Oktober lalu, Apple mengumumkan barisan terbaru MacBook Pro yang kini dikuasakan oleh cip M4. Untuk peminat produk Apple, ini berita besar, lebih-lebih lagi kalau anda dah lama guna MacBook dengan cip M1 dan tengah fikir nak upgrade. 



Pilihan Cip M4: M4, M4 Pro & M4 Max

Apple kali ini menawarkan tiga pilihan cip:

1. M4 – Peningkatan 1.8x lebih pantas berbanding M1.

2. M4 Pro – Hingga 3x lebih laju daripada M1 Pro.

3. M4 Max – Raja kelajuan, 3.5x lebih pantas daripada M1 Max.


Kalau anda pengguna cip M1 seperti saya (M1 Pro, MacBook Pro), naik taraf ke M4 Pro mungkin terasa sangat berbaloi. Lagi-lagi kalau anda buat kerja berat seperti video editing, programming, atau multitasking yang ekstrem.


Apa Lagi Yang Baru?

Selain cip yang lebih berkuasa, Apple juga memperkenalkan beberapa penambahbaikan menarik:


Thunderbolt 5 Ports – Kelajuan hingga 120Gb/s. Kalau guna external storage, memang syok.

HDMI 2.1 FRL – Lebih baik untuk sambungan monitor 4K atau 8K.

SDXC Card Reader & Headphone Jack – Bonus untuk content creator.

MagSafe 3 Charging Port – Sambungan pengecasan yang lebih stabil.

WiFi 6E & Bluetooth 5.3 – Tapi pelik sebab tiada WiFi 7.


Paling menarik, anda juga boleh pilih untuk tambah nano-textured display yang mengurangkan silau dan meningkatkan kualiti visual, terutama kalau bekerja di luar atau tempat bercahaya terang.




Rekaan & Harga

MacBook Pro baru ini hadir dalam dua saiz – 14 inci dan 16 inci, dengan warna Space Black dan Silver. Harga pula bermula dari:


14-Inci MacBook Pro

M4: RM6,999

M4 Pro: RM8,499

M4 Max: RM13,999

16-Inci MacBook Pro

M4 Pro: RM10,999

M4 Max: RM15,299


Kalau anda pengguna tegar Apple, harga ini mungkin biasa. Tapi untuk yang baru nak ceburi ekosistem Apple, ini boleh jadi pelaburan besar.


Berbaloi Tak?

Kalau anda masih guna MacBook dengan cip M1, naik taraf ke M4 sememangnya berbaloi. Kelajuan, sambungan, dan teknologi baru seperti Thunderbolt 5 serta nano-textured display jelas memberikan pengalaman yang lebih lancar.


Tapi, kalau anda guna MacBook dengan cip M2, mungkin tak terasa perubahan besar – melainkan anda perlukan lebih kuasa untuk kerja berat.


Akhir kata, MacBook Pro dengan cip M4 ini memang nampak mantap. Kalau bajet anda mencukupi, tak salah reward diri anda dengan upgrade ini. Kalau belum cukup bajet? Mungkin boleh mula menabung sekarang!


Sumber : NasiLemaktech

Dikuasakan oleh Blogger.