Fnatic ONIC PH Raih Kemenangan Epik, Team Liquid ID Terkandas
Pertempuran epik antara Fnatic ONIC PH dan Team Liquid ID dalam siri kejohanan Mobile Legends baru-baru ini memang penuh aksi. Dari awal, Fnatic ONIC PH terus mendominasi dua game pertama dengan permainan luar biasa oleh Duane “Kelra” Pillas menggunakan Bruno. Di bahagian hutan pula, King “K1NGKONG” Perez menunjukkan kehebatannya dengan hero Suyou dan Fredrinn. Memang susah nak kacau!
![]() |
Sumber Gambar : Fnatic Onic PH |
Team Liquid ID tak mudah mengalah. Dalam game ketiga, mereka bangkit dengan permainan mantap oleh Favian “Faviannn” Putra menggunakan Joy. Dia tutup game dengan KDA 9/2/1 dalam masa 13 minit sahaja. Memang padu, tapi sayangnya, itu satu-satunya kemenangan yang mereka dapat dalam siri ini.
Game empat memang brutal! Fnatic ONIC PH sapu bersih dengan kemenangan 21-1, macam kereta api tak boleh berhenti. Tapi, Team Liquid ID masih berjuang dengan semangat tak putus asa.
Kemuncak berlaku dalam game kelima, yang penuh aksi kejar-mengejar tanpa pemenang jelas. Fnatic ONIC PH akhirnya kawal permainan lepas dapat Lord pada minit ke-12, mencetuskan serangan tiga lorong ke markas lawan.
Walaupun Team Liquid ID berjaya tewaskan tiga pemain Fnatic ONIC PH dalam serangan terakhir, Kelra buat keputusan bijak dengan abaikan pertempuran dan terus fokus serangan pada base lawan untuk memastikan kemenangan mutlak. Fnatic ONIC PH pun sah dinobatkan sebagai juara besar!
Sumber : One Esports
Post a Comment