Wanita ‘Curi’ Duit Majlis Kahwin Di Pasir Mas, Tular Di Media Sosial
Satu kejadian mencuri duit di sebuah majlis kahwin di Kampung Tasek Berangan, Pasir Mas, tular di media sosial. Kejadian ini berlaku pada Sabtu lalu sekitar jam 12.42 tengah hari, apabila seorang wanita yang menyamar sebagai tetamu, dipercayai mengambil wang tunai berjumlah RM2,500 yang ada di ruang tamu.
Menurut rakaman CCTV berdurasi 38 saat, wanita bertudung dan berbaju kurung itu dilihat keluar dari tandas dan menuju ke ruang tamu. Di situ, dua kanak-kanak sedang bermain. Wanita itu kemudian mengambil beg tangan yang diletakkan atas almari, dipercayai milik tuan rumah, dan melarikan duit RM2,500 yang ada di dalamnya.
Yang menarik, wanita itu disyaki tidak diundang ke majlis tersebut dan tidak dikenali oleh tuan rumah. Namun, setakat ini, pihak polis masih belum menerima laporan rasmi mengenai kejadian ini, menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed.
Sumber : Harian Metro
Post a Comment