Vanessa Reynauld Alami Detik Cemas, Tembakan di Pusat Beli-Belah Setia Alam
Menurut Vanessa, kejadian itu berlaku betul-betul di sebelah kedai yang dimasukinya pada ketika itu. Lebih mencemaskan, teman lelakinya melihat sendiri mangsa ditembak di bahagian kaki.
"Ia berlaku lebih kurang 20 minit dan kami mendengar enam das tembakan.
"Pertama kali berhadapan dengan situasi ini dan ia sangat menakutkan," katanya menerusi Instagram Story.
Lari Dapatkan Perlindungan
Susulan insiden itu, Vanessa dan teman lelakinya segera melarikan diri ke sebuah kedai lain untuk mendapatkan perlindungan. Mereka hanya dibenarkan pulang selepas keadaan kembali terkawal.
Bukan itu sahaja, anak kepada pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz, iaitu Dahlia Arissa dan rakannya, turut berada di lokasi kejadian.
Kejadian Tembakan di Kedai Emas
Terdahulu, pusat beli-belah tersebut kecoh selepas berlakunya satu kejadian tembakan di sebuah kedai emas. Dalam insiden itu, seorang pekerja pembersihan, yang juga seorang warga asing berusia lingkungan 30-an, cedera akibat ditembak.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan bahawa mangsa telah dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan dan kini berada dalam keadaan stabil.
Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Sumber : Harian Metro
Post a Comment