Feed Bakal Menjual Produk di Beg Kuning TikTok!
Hai semua! Ada pengumuman penting untuk semua pembaca Feed.
Mulai sekarang, selain menyajikan berita isu semasa dan kandungan santai seperti biasa, Feed juga akan mula menjual produk secara affiliate melalui beg kuning di TikTok Feed!
Kenapa Feed Buat Begini?
Sebab utama kami mengambil langkah ini adalah untuk menambah pendapatan supaya Feed boleh terus beroperasi dan memberikan anda berita serta konten yang menarik tanpa gangguan. Dengan sokongan anda, Feed boleh berkembang lebih jauh!
Bagaimana Anda Boleh Support?
Mudah sahaja! Jika anda nampak produk dalam beg kuning di TikTok Feed kami, boleh support dengan membeli melalui pautan tersebut. Setiap pembelian yang anda buat akan membantu Feed terus berfungsi dan memberikan lebih banyak berita serta konten menarik kepada anda.
Jangan Risau, Konten Masih Sama!
Feed masih akan menyajikan berita santai seperti biasa—cuma kali ini ada beg kuning sebagai tambahan. Jadi, tiada apa yang berubah dari segi kandungan, cuma kini anda ada peluang untuk menyokong kami dengan cara yang lebih mudah!
Terima kasih kepada semua yang terus menyokong Feed. Nantikan posting akan datang dan jangan lupa check beg kuning!.
Post a Comment