TikTok Kena Ban di AS, Tapi Ada Harapan Kembali Online?
TikTok, aplikasi yang memang tengah meletup dengan lebih 170 juta pengguna di AS, tiba-tiba ‘hilang’ dari radar malam Sabtu. Tepat sebelum undang-undang baru melarang operasi TikTok di negara itu dikuatkuasakan, pengguna yang buka aplikasi hanya dapat mesej: “Maaf, TikTok tak available sekarang. Undang-undang baru dah ban TikTok.”
Kenapa TikTok Diharamkan?
Kerajaan AS kata TikTok, yang dimiliki syarikat China, ByteDance, ada risiko besar pada keselamatan negara. Undang-undang baru yang diluluskan tahun lepas larang syarikat Amerika jadi tuan rumah atau bantu TikTok, kecuali ByteDance jual aplikasi itu kepada syarikat dari AS atau negara sekutu.
Walaupun TikTok cuba pertahankan aplikasi ini, Mahkamah Agung dah buat keputusan akhir untuk ban aplikasi ini.
Ada Harapan dari Trump?
Tapi jangan risau, mungkin ada sinar harapan. Presiden terpilih Donald Trump yang bakal angkat sumpah Isnin ni kata dia mungkin tunda larangan selama 90 hari. Trump kata dia nak cari cara untuk pastikan TikTok boleh terus beroperasi, asalkan isu keselamatan data selesai.
TikTok pun dah hint dalam mesej pop-up mereka, “Kami bersyukur Presiden Trump dah tunjuk kesediaan untuk bincang jalan penyelesaian.”
Apa Kata Pengguna dan Peniaga?
Ramai pencipta kandungan dan bisnes kecil yang guna TikTok untuk cari makan memang terkesan. Tapi, ramai juga yang masih berharap aplikasi ni akan kembali online.
Dalam masa yang sama, ada juga yang tetap sokong larangan ni. Senator Tom Cotton, contohnya, gelar TikTok sebagai alat pengintipan China. Pedas!
Alternatif dan Masa Depan TikTok
Dengan TikTok offline, aplikasi lain macam Lemon8 mula jadi perhatian. Tapi sebab aplikasi tu pun dimiliki ByteDance, tak mustahil dia akan kena banned jugak.
Sekarang, nasib TikTok bergantung pada rundingan dengan pentadbiran Trump. Kalau ada kata sepakat, tak mustahil TikTok boleh kembali.
Kesimpulan
TikTok tengah lalui cabaran terbesar dia sekarang, tapi ramai percaya masih ada harapan. Adakah TikTok akan kembali trending macam biasa?
Sumber : CNN
Post a Comment