Header Ads

Rumah Farid Kamil Dikaitkan Dengan Isu Lelongan, Ini Penjelasan Pengurusnya

Kecoh di media sosial apabila sebuah rumah di Bandar Saujana Putra (BSP), Selangor, yang dikaitkan dengan pelakon terkenal Farid Kamil, tersenarai untuk lelongan. Harga permulaan bagi lelongan itu dikatakan RM522,000 dan dijadualkan berlangsung pada 22 Januari.

Namun, pengurus Farid, Azahari Hamid, tampil memberikan penjelasan sebenar.

Menurut Azahari, rumah berkembar dua tingkat tersebut memang milik Farid, dibeli pada tahun 2011 dengan harga RM300,000. Bagaimanapun, rumah itu telah disewakan kepada seorang kenalan sejak lima tahun lalu.

"Sebelum ini, tiada masalah kerana penyewa terus membuat bayaran bulanan ke bank. Tetapi, bermula pertengahan tahun lalu, individu itu gagal melunaskan bayaran disebabkan masalah kewangan," katanya.

Azahari menjelaskan, Farid sendiri akan ke bank esok untuk menyelesaikan isu tunggakan bagi mengelakkan rumah tersebut dilelong.

"Hari ini, kami dimaklumkan tentang perkara ini agak lewat petang. Jadi, langkah seterusnya hanya boleh diambil esok pagi. Harapnya semuanya dapat diselesaikan dengan baik," tambahnya.

Rumah tersebut, yang mempunyai empat bilik, walaupun tidak lagi didiami Farid, tetap mempunyai nilai sentimental buat pelakon filem Anwar: The Untold Story itu.

Sumber : Kosmo

Dikuasakan oleh Blogger.