Lelaki Buka Pintu Pesawat Gara-Gara Bertengkar dengan Teman Wanita
Boston: Insiden luar biasa berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Boston Logan apabila seorang lelaki nekad membuka pintu pesawat sebelum berlepas, gara-gara bertengkar dengan teman wanitanya.
Kejadian yang melibatkan Angel Luis Torres Morales, warga Puerto Rico, mencetuskan kekecohan pada penerbangan JetBlue 161 menuju San Juan. Insiden itu berlaku sekitar jam 7.30 malam waktu tempatan pada Selasa lalu.
Menurut pihak berkuasa, tindakan Morales menyebabkan gelongsor kecemasan pesawat tersebut diaktifkan, sekali gus mencetuskan panik dalam kalangan penumpang. Ada yang menjerit ketakutan, sementara yang lain cuba menenangkan keadaan.
“Dia membuka pintu pesawat, dan situasi menjadi tegang. Penumpang lain meminta dia berhenti,” kata jurucakap Polis Negeri Massachusetts, Tim McGuirk.
Walaupun dihadapkan ke Mahkamah Perbandaran Boston atas tuduhan mengganggu operasi pesawat, Morales mengaku tidak bersalah. Kes ini dijadualkan dibicarakan semula pada 4 Mac depan.
JetBlue dalam kenyataan mereka menyatakan bahawa pesawat pengganti telah digunakan untuk memastikan semua penumpang selamat tiba di destinasi mereka.
Sumber : Sinar Harian
Post a Comment