Header Ads

KRU Tambah Konsert Hari Ketiga di 10 Mei, Tiket Terhad!

Peminat KRU yang terlepas peluang untuk mendapatkan tiket konsert GenKRU pada 3 dan 4 Mei depan, kini berpeluang menonton persembahan trio pujaan mereka pada 10 Mei! Penganjur, Icon Entertainment, mengumumkan bahawa satu hari lagi ditambah berikutan tiket untuk dua hari pertama yang habis dijual dalam masa singkat.


Menurut Iman Tang, pengasas Icon Entertainment, penambahan konsert pada 10 Mei ini bukan sekadar memenuhi permintaan, tetapi juga untuk memberi peluang kepada peminat yang tidak dapat membeli tiket. “KRU mahu memastikan peminat tidak kecewa dan ingin membuktikan pengaruh besar pemuzik tempatan,” kata Iman.

Datuk Norman Abdul Halim, bersama adik-beradiknya Datuk Yusry dan Edry, berkata mereka sepakat untuk menambah satu malam lagi bagi menghargai sokongan peminat. "Ini adalah untuk peminat kami yang setia, bukan hanya untuk kami," ujar Norman.

Konsert yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil ini juga menandakan pelancaran album baharu mereka, Kaset. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan legendaris mereka!

Prajualan Tiket: Bagi pemegang kad Maybank, tiket akan dijual pada 7 Januari 2025, bermula 11 pagi. Jualan umum pula bermula pada 8 Januari, 3 petang. Jangan lepaskan peluang ini, dapatkan tiket sebelum habis!

Sumber : Sinar Harian
Dikuasakan oleh Blogger.