Header Ads

Khabib Nurmagomedov Tak Terjejas Insiden Diusir Dari Pesawat, Fokus Pada UFC 311

Insiden diusir dari pesawat Frontier Airlines tidak mengganggu persiapan Khabib Nurmagomedov untuk UFC 311, kata pengurusnya, Ali Abdelaziz. Khabib, bersama ketua jurulatih Javier Mendez, tetap akan hadir untuk menyokong anak didiknya—Tagir Ulanbekov, Islam Makhachev, dan sepupunya, Umar—di Intuit Dome, California, hujung minggu ini.


Tagir (12-0) akan berlawan dengan Clayton Carpenter (8-0) dalam kategori flyweight, sementara Islam (26-1) mempertahankan gelaran lightweight menentang Arman Tsarukyan (22-3). Umar (18-0) pula mencabar Merab Dvalishvili (18-4) untuk tali pinggang bantamweight.

Ali Abdelaziz menegaskan bahawa insiden tersebut tidak memberi kesan kepada persiapan mereka. "Semua berjalan lancar, Khabib menangani insiden itu dengan tenang dan menunjukkan keperibadiannya yang merendah diri," jelasnya.

Insiden tersebut berlaku pada Sabtu lalu, ketika Khabib dan Islam Mamedov menaiki penerbangan Frontier Airlines dari Las Vegas menuju Los Angeles untuk persiapan UFC 311. Khabib diarah keluar dari pesawat kerana duduk berdekatan dengan pintu kecemasan. Pramugari dikatakan kurang selesa dengan kedudukan Khabib dan menawarkan pilihan untuk pindah tempat duduk atau meninggalkan pesawat.

Sementara itu, Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) mengeluarkan kenyataan menyokong Khabib dan menuntut siasatan terhadap dasar syarikat penerbangan yang didakwa mengamalkan sentimen anti-Islam.

Walaupun insiden ini mencuri perhatian, Khabib tetap fokus pada misi pentingnya di UFC 311.

Sumber : Sinar Harian
Dikuasakan oleh Blogger.