Header Ads

Doktor Taiwan Jadi Perhatian, Lakukan Vasektomi Sendiri Sebagai Hadiah Untuk Isteri

Seorang doktor di Taiwan mencuri tumpuan ramai selepas berkongsi video luar biasa dirinya melakukan vasektomi ke atas dirinya sendiri. Dr. Chen Wei-nong, seorang pakar bedah plastik dan bapa kepada tiga anak, menjadikan prosedur itu sebagai hadiah istimewa buat isterinya.


Menerusi akaun Facebook dan Instagram miliknya, Chen merakam keseluruhan proses untuk tujuan pendidikan, sambil menyenaraikan 11 langkah yang diperlukan bagi pembedahan tersebut. Dengan bantuan bius, dia melakukan prosedur itu sendiri di bawah pengawasan pakar urologi.

Walaupun vasektomi biasanya hanya mengambil masa 15 minit, usaha Chen mengambil masa hampir sejam. “Ia satu pengalaman aneh menyentuh dan menjahit uretra sendiri,” kata Chen dalam perkongsiannya.

Video tersebut menjadi viral di media sosial, meraih lebih empat juta tontonan hanya dalam beberapa hari. Ramai yang memuji keberaniannya, namun ada juga yang bimbang dengan keselamatan prosedur dilakukan sendiri.

Chen menasihati orang ramai agar tidak meniru tindakannya dan menyarankan mereka mendapatkan khidmat pakar urologi yang berkelayakan. Walaupun mengalami sedikit ketidakselesaan selepas pembedahan, dia memastikan keadaannya baik keesokan harinya.

Dr. Chen kini digelar "lelaki paling berani di Taiwan" kerana keberanian dan kasih sayangnya yang luar biasa terhadap keluarga.

Sumber : Harian Metro
Dikuasakan oleh Blogger.