Bos Paling Pemurah? Syarikat China Ini Bagi Bonus RM102 Juta!
Bayangkan anda pergi mesyuarat syarikat dan pulang dengan seguni duit! Itulah yang berlaku kepada pekerja Henan Mining Group di China baru-baru ini. Syarikat perlombongan terkenal itu sekali lagi menjadi bualan apabila mengagihkan bonus tahunan berjumlah RM102 juta kepada kakitangannya.
Duit Bertimbun Atas Meja!
Bukan sekadar bonus biasa-biasa, tetapi cash money yang disusun atas meja panjang! Setiap wang kertas bernilai 100 yuan (lebih kurang RM60) diletakkan untuk direbut oleh pekerja.
Bagaimana nak dapatkan duit tu? Mudah saja—setiap pasukan yang terdiri daripada 30 orang akan melantik dua ‘pengira terpantas’. Tugasan mereka? Kumpulkan sebanyak mungkin wang dalam tempoh masa yang diberikan!
Menariknya, jumlah wang yang dikumpul akan dibahagi sama rata kepada semua ahli pasukan. Manakala si ‘pengira terpantas’ akan menerima bonus tambahan 100 yuan (RM60).
Ada Yang Kaya, Ada Yang ‘Terpotong’
Seorang pekerja bernasib baik apabila berjaya membawa pulang 100,000 yuan (RM60,000) dalam masa 15 minit! Tapi, tak semua bernasib baik… Ada pasukan yang sering buat kesilapan semasa mengira dan menerima potongan 22,000 yuan (RM13,346). Aduh, mesti sakit hati!
Bukan Kali Pertama
Ketua Eksekutif Henan Mining Group, Cui Peijun, memang terkenal dengan kemurahan hatinya. Malah, dia digelar sebagai "bos paling pemurah" di China!
Tahun lepas, syarikat ini juga pernah viral selepas memberikan RM37 juta kepada 40 pekerja yang menunjukkan prestasi terbaik.
Apa pendapat anda? Kalau syarikat di Malaysia buat benda macam ni, beratur tak nak kerja?
Sumber : Harian Metro
Post a Comment