Bella Astillah & Syed Saddiq: Hubungan Mesra Raih Sokongan Netizen
Hubungan mesra antara pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mencetuskan pelbagai reaksi positif di media sosial.
Baru-baru ini, sebuah video siaran langsung TikTok menunjukkan Bella dan Syed Saddiq menikmati hidangan bersama, sekaligus mencuri perhatian ramai. Soalan demi soalan mula membanjiri ruangan komen dengan netizen tertanya-tanya mengenai status hubungan mereka.
Antara komen yang mencuri perhatian ialah cadangan daripada peminat:
“Bagus kalau Bella kahwin dengan Syed. Kesihatan Bella dan anak-anak pasti terjaga!”
“Untung Bella dapat dekat dengan YB. Kalau jadi halal, memang terbaik!”
Bella yang kelihatan santai sepanjang siaran langsung itu turut mengumumkan akan ada satu berita istimewa yang bakal dikongsikan pada 12 Januari ini. Namun, tiada petunjuk lanjut diberikan, membuatkan peminat semakin tidak sabar menunggu.
Adakah hubungan ini sekadar persahabatan atau bakal membawa ke fasa lebih serius? Sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya!
Sumber : Harian Metro
Post a Comment