7 Rahsia Dapatkan Tiket Penerbangan Murah – Tak Perlu Pecah Tabung!
Bila nak bercuti, tiket penerbangan selalunya antara kos terbesar. Tapi jangan risau, ada cara untuk jimat! Berikut adalah 7 rahsia mudah untuk korang dapatkan tiket murah tanpa pening kepala.
1. Tempah Hari Selasa atau Rabu
Tahukah korang, hari Selasa dan Rabu biasanya ada harga lebih rendah? Kenapa? Sebab kebanyakan syarikat penerbangan kemas kini harga pada Selasa malam. Bila tempah waktu ni, peluang dapat diskaun lebih tinggi. Jadi, rajinkan diri untuk semak tiket tengah minggu!
2. Tempah Awal, Tapi Jangan Terlalu Awal
Jangan terburu-buru beli tiket sebulan awal, tapi jangan tunggu saat akhir juga! Masa terbaik? Sekitar 21 hari sebelum tarikh penerbangan. Biasanya, harga tiket untuk beberapa kerusi pertama lebih murah.
3. Terbang Pada Hari yang Kurang Sibuk
Hari Jumaat dan Ahad memang penuh dengan orang balik kampung atau bercuti. Kalau nak murah, pilih hari Selasa atau Rabu untuk penerbangan. Bukan sahaja tiket lebih murah, airport pun kurang sesak!
4. Penerbangan Antarabangsa: Tempah 11-12 Minggu Awal
Kalau nak travel jauh, rajin-rajinlah pantau harga 3 bulan sebelum. Dalam tempoh ni, syarikat penerbangan selalu keluarkan promosi menarik. Jangan lupa set "price alert" di aplikasi seperti Skyscanner atau Google Flights!
5. Terbang ke Lapangan Terbang Kecil
Kadang-kadang, terbang ke lapangan terbang lebih kecil boleh jimat banyak. Contoh, nak ke London? Cuba cari penerbangan ke Manchester atau Birmingham dulu, lepas tu naik kereta api ke London. Kos total masih lebih murah!
6. Jangan Lupa Bersihkan Cookies
Syarikat penerbangan boleh ‘detect’ korang tengok harga tiket berulang kali. Bila ini berlaku, harga mungkin naik. Solusinya? Bersihkan cookies di pelayar korang sebelum buat carian baru.
7. Bandingkan Harga di Beberapa Platform
Jangan malas! Guna alat perbandingan seperti:
Skyscanner
Momondo
Kayak
Google Flights
Kadang-kadang, harga untuk penerbangan sama boleh berbeza di platform berlainan. Buat kajian dulu sebelum tekan butang “Bayar.”
Penutup
Dengan sedikit usaha dan teknik yang betul, korang boleh jimat banyak untuk tiket penerbangan. Jangan lupa, tempahan bijak boleh bagi korang lebih bajet untuk shopping atau makan sedap masa bercuti!
Selamat mencuba dan enjoy perjalanan korang!!
Post a Comment