14 Pelajar Malaysia Terjejas Akibat Kebakaran di Los Angeles, Bantuan dan Pelan Evakuasi Disediakan
Los Angeles kini sedang bergelut dengan kebakaran besar yang memusnahkan kawasan perumahan dan menyebabkan banyak kerugian. Insiden ini turut menjejaskan 14 pelajar Malaysia yang menuntut di University of California, Los Angeles (UCLA).
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengesahkan situasi ini dan bekerjasama dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles untuk memastikan keselamatan pelajar-pelajar terbabit.
Menurut kenyataan KPT, pelajar-pelajar ini berada dalam keadaan baik setakat ini dan masih tinggal di kediaman masing-masing. Namun, pelan evakuasi telah disediakan jika situasi semakin buruk. Malah, rumah pegawai konsulat telah dikenalpasti sebagai rumah perlindungan sementara jika perlu.
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, turut mengumumkan bantuan kecemasan untuk memulihkan situasi. Di samping itu, pengisytiharan darurat telah dibuat oleh Mayor Los Angeles, Karen Bass, susulan kebakaran Palisades dan ribut angin yang memburukkan keadaan.
KPT juga menggalakkan semua pelajar Malaysia di luar negara untuk mengemas kini butiran diri melalui sistem MyData@EducationMalaysia4U bagi memudahkan komunikasi dan pemantauan. Jika memerlukan bantuan segera, pelajar di Los Angeles boleh menghubungi pejabat Education Malaysia Los Angeles (EMLA) melalui talian +1 (626) 879-4923 atau emel emla@mohe.gov.my.
Sumber : Berita Harian
Post a Comment