Header Ads

Proton Lancar EV Pertama Negara – Proton e.MAS 7

Proton baru saja melakar sejarah dengan melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia, Proton e.MAS 7. Model SUV segmen-C ini diperkenalkan pada harga bermula RM109,800 dengan rebat RM4,000 untuk 3,000 pembeli terawal. Jadi, siapa cepat dia dapat!

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan bahawa Proton e.MAS 7 akan menjadi kenderaan rasmi ASEAN 2025, menyokong usaha ke arah teknologi hijau dan sifar emisi di Malaysia.

Dua varian ditawarkan:

  • e.MAS 7 Prime: RM109,800 (RM105,800 dengan rebat)
  • e.MAS 7 Premium: RM123,800 (RM119,800 dengan rebat)

Kuasa dan Prestasi
Proton e.MAS 7 menggunakan motor elektrik "12 dalam 1" yang menghasilkan 218 PS dan 320 Nm tork, membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.9 saat dengan kelajuan maksimum 175 km/j.

Bateri dan Jarak Gerak
Model Prime dilengkapi bateri 49.52 kWj dengan jarak sejauh 345 km, manakala Premium menawarkan bateri 60.22 kWj dengan jarak 410 km mengikut standard WLTP.

Pengecasan Mudah dan Pantas
Pengecasan pantas DC menyokong sehingga 80 kW (Prime) dan 100 kW (Premium), membolehkan pengecasan dari 30% ke 80% dalam masa hanya 20 minit.

Dengan spesifikasi canggih dan harga yang kompetitif, Proton e.MAS 7 nampaknya sedia mencabar pasaran EV tempatan dan antarabangsa. Ini satu langkah besar ke arah masa depan automotif yang lebih mesra alam di Malaysia.

Sumber : Harian Metro

Dikuasakan oleh Blogger.