Header Ads

Polis Tahan Lelaki Disyaki Rakaman Tak Sopan di Pasar Raya Jenjarom

Seorang lelaki tempatan berusia 30-an ditahan polis selepas disyaki cuba merakam dari bawah kain seorang wanita di sebuah pasar raya di Jenjarom, Kuala Langat. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, suspek yang menganggur itu ditangkap di Banting dan ditahan reman selama dua hari.

Sumber Foto : Hiasan

Menurut siasatan awal, lelaki tersebut mengaku melakukan perbuatan itu dan dikenal pasti melalui rakaman CCTV. Ini kali pertama dia melakukan kesalahan seperti itu dan tiada rekod jenayah lampau ditemui.

Kes ini terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis pada 9 Disember lalu sekitar jam 10.36 pagi. Ketika kejadian, wanita tersebut sedang membeli-belah di pasar raya berkenaan.

Sumber : Harian Metro

Dikuasakan oleh Blogger.