Hujan Berterusan Dijangka Melanda: Penduduk Terengganu, Pahang, Johor Kena Alert!
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) baru-baru ini keluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada untuk beberapa negeri di Semenanjung. Antara negeri yang bakal terlibat ialah Terengganu, Pahang, dan Johor, dan hujan dijangka berlarutan sehingga Jumaat ini.
Di Johor pula, Sarah seperti Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru juga bakal merasai tempias hujan lebat ini. Kalau anda tinggal di kawasan ini, pastikan anda sentiasa berwaspada!
Apa Yang Perlu Dibuat?
MetMalaysia turut ingatkan penduduk kawasan terlibat supaya bersedia dengan risiko seperti:
1. Banjir kilat – Jangan lupa simpan dokumen penting di tempat tinggi.
2. Pokok tumbang – Kalau boleh, elakkan parkir kereta bawah pokok.
3. Kerosakan harta benda – Pastikan rumah anda dilindungi dan periksa bumbung atau saluran air.
Kalau hujan makin lebat, jangan teragak-agak untuk dapatkan info terkini dari MetMalaysia. Anda boleh semak aplikasi atau laman web mereka untuk perkembangan terkini.
Cara Kekal Selamat Semasa Cuaca Buruk
1. Rancang perjalanan – Kalau tak penting, elakkan keluar rumah.
2. Pantau paras air sungai – Terutama kalau kawasan anda selalu banjir.
3. Simpan bekalan makanan dan air – Mana tahu terperangkap di rumah, sekurang-kurangnya stok makanan cukup.
4. Charge powerbank – Penting untuk kekal berhubung dalam kecemasan.
Jadi, buat semua penduduk di Terengganu, Pahang, dan Johor, stay safe dan berjaga-jaga ya. Cuaca buruk bukan perkara main-main, tapi kalau kita bersedia, insya-Allah semuanya akan baik-baik saja.
Untuk maklumat terkini, teruskan ikuti laman rasmi MetMalaysia atau media sosial mereka.
Sumber : Kosmo
Post a Comment